PASARAN

Niaga Hadapan Emas Tutup Dagangan Hari Terakhir 2025 Lebih Rendah Seiring Comex AS

31/12/2025 08:56 PM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan terakhir 2025, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

Kontrak bulan semerta Disember 2025 turun kepada US$4,308.0 bagi setiap auns troy daripada US$4,371.4 pada Selasa manakala kontrak Januari 2026 merosot kepada US$4,348.2 bagi setiap auns troy daripada US$4,392.6 semalam.

Sementara itu, kontrak Februari 2026 menurun kepada US$4,363.7 bagi setiap auns troy daripada US$4,408.1 semalam dan kontrak Mac 2026 menyusut kepada US$4,380.4 bagi setiap auns troy daripada US$4,424.8 sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurang kepada 56 lot daripada 130 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 90 kontrak daripada 176 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,367.8 bagi setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 30 Dis, 2025.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup esok, 1 Jan, 2026 bersempena cuti umum Tahun Baharu.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2507770