PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Rendah

31/12/2025 07:22 PM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Rabu, menjejaki pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 susut 4.5 mata kepada 1,674.5, manakala Januari 2026 dan Mac 2026 merosot 0.5 mata masing-masing kepada 1,682.5.5 dan 1,668.0.

Sementara itu, kontrak Jun 2026 naik 1.5 mata pada 1,670.0.

Jumlah dagangan berkurang kepada 8,442 lot daripada 23,676 pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 42,817 kontrak berbanding 59,528 kontrak semalam. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.42 mata kepada 1,680.11 berbanding 1,684.53 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup esok, 1 Jan, 2026 sempena cuti Tahun Baharu.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2507723