KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini sehingga esok.
Dalam kenyataan pagi ini, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian (Serian) dan Samarahan, manakala tahap waspada di Serian (Tebedu), Sri Aman dan Betong.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA