DUNIA

Sektor Logistik China Catat Pertumbuhan 5 Peratus Dari Januari Hingga November 2025

30/12/2025 07:01 PM

BEIJING 30 Dis (Bernama - CMG) -- Keseluruhan sektor  logistik yang bernilai RMB331.2 trilion (RM192 trilion) dilaporkan berada dalam pengedaran di negara China bagi tempoh dari Januari hingga November 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dengan November sahaja menyaksikan peningkatan 4.5 peratus bulan ke bulan. 

Demikian ditunjukkan dalam statistik yang diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) pada Selasa.

Dilihat dari segmen pengeluaran, jumlah keseluruhan logistik barangan perindustrian meningkat 5.2 peratus dibanding tempoh yang sama tahun lepas  (Januari-November), antaranya bulan November sahaja menyaksikan peningkatan 4.7 peratus. 

Dilihat dari segmen penggunaan pula, jumlah keseluruhan logistik barangan untuk institusi dan penduduk meningkat 5.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas (Januari-November), sementara jualan runcit barangan menerusi e-dagang meningkat 5.7 peratus.

Sementara itu, segmen logistik hijau (berkaitan dengan tenaga boleh baharu) wujud sebagai penggerak baharu dalam landskap logistik China, disokong oleh peningkatan 14.7 peratus bagi sebelas bulan pertama 2025. 

Dimaklumkan lagi, pendapatan seluruh sektor logistik bagi tempoh dari Januari hingga November naik 4.6 peratus tahun ke tahun, dengan mencecah RMB13.1 trilion (RM7.6 trilion), iaitu naik 0.1 mata peratusan berbanding dengan tempoh dari Januari hingga Oktober setelah meningkat  pada kadar positif untuk empat bulan berturut-turut.

– BERNAMA-CMG

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2507410