GEMAS, 30 Dis -- Perkhidmatan tren Ekspres Selatan (ES) yang akan ditamatkan pada 1 Januari ini, memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan dan pergerakan harian penduduk di selatan Johor dan Wilayah Iskandar, dengan merekodkan seramai 2.6 juta penumpang sejak sembilan tahun pengoperasiannya.
Perkhidmatan berkenaan telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi di sepanjang jajaran selatan apabila pengguna memanfaatkan tren tersebut untuk pergerakan berkaitan urusan kerja, ekonomi dan pelancongan.
Semalam, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan bahawa operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan Gemas – JB Sentral – Gemas akan ditamatkan berkuat kuasa pada Khamis ini setelah sembilan tahun pengoperasiannya.
Penamatan ini merupakan sebahagian daripada penyelarasan perancangan dan pengoptimuman operasi perkhidmatan penumpang di jajaran selatan, sejajar dengan kemajuan serta kesiapsiagaan infrastruktur Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA