Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus (dua, kanan) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman (kanan) menyampaikan replika sumbangan solar kepada Guru Besar SKA Tunjuk Laut, Zairullizam Ikhwan (tengah) pada Majlis Penyerahan Projek Solar kepada Sekolah Kebangsaan Agama Tunjuk Laut di Kota Tinggi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman (tiga, kiri) bergambar bersama murid pada Majlis Penyerahan Projek Solar kepada Sekolah Kebangsaan Agama Tunjuk Laut di Kota Tinggi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sekolah Kebangsaan Agama Tunjuk Laut menerima sumbangan berupa Projek Solar 'The Future Powered Project', hasil kerjasama Yayasan JCorp dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kota Tinggi.
Sistem solar fotovolta lengkap dengan teknologi Internet of Things (loT) membekalkan tenaga bersih dan membolehkan pemantauan prestasi serta kesihatan sistem secara masa nyata, sekaligus meningkatkan keselesaan dan keberkesanan pembelajaran di sekolah. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Solar "The Future Powered Project" Ubah Wajah Pembelajaran Di SKA Tunjuk Laut