MADINAH, 12 Mac -- Ratusan ribu umat Islam beribadah setiap hari selain menunaikan ibadah umrah dan berbuka puasa beramai-ramai sempena Ramadan.
Jumlah jemaah umrah tertinggi direkodkan pada Khamis, 6 Mac dengan 500,000 jemaah memasuki Masjidil Haram, Makkah.
Lonjakan kemasukan jemaah yang tidak pernah berlaku sebelum ini menggariskan betapa pentingnya sistem pengurusan jemaah yang cekap bagi menjamin keselamatan dan kelancaran pergerakan di lokasi tanah suci umat Islam itu.
Pihak berkuasa telah memperkenalkan teknologi terkini bagi memantau aliran jemaah di sekitar Masjidil Haram, termasuk pemasangan sensor pintar di pintu masuk utama Masjidil Haram, yang menjejaki jumlah jemaah secara masa nyata.
Selain itu, kamera pintar juga dipasang untuk mengesan pergerakan dan mengenal pasti kawasan kesesakan dengan ketepatan yang lebih tinggi.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA