Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Berhad Shahrul Azlan Shahriman (dua, kanan) menerima sijil Malaysia Book of Records daripada Pegawai Khas Malaysia Book of Records Sdn Bhd, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah (tiga, kiri) selepas syarikat itu diiktiraf mencatat penyertaan terbanyak dengan 4,891 peserta bagi pertandingan kuiz Bijak Wang Challenge 2025, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid (tiga, kanan).
Pertandingan itu dianjurkan Great Eastern Takaful Berhad sempena Karnival Bijak Kewangan yang berlangsung di pusat membeli-belah Queensbay, Bayan Lepas.