Pameran simulator trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibawa khas sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau, menarik perhatian kerana memberi peluang kepada orang awam merasai pengalaman mengendalikan kenderaan tentera.
Simulator trak tiga tan itu merupakan versi digunakan pasukan darat pada 2010 dan kini terdapat dua jenis simulator digunakan di Malaysia iaitu versi statik dan versi dinamik.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengunjung Farah Izzati Mohd Fadzil, 19, (kiri) dan Nor Hidayah Aqilah Abdullah, 19, berswafoto dengan aset tentera pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di Politeknik Merlimau, hari ini.
PMR 2025 Melaka membuka tirai hari ini dengan menampilkan pelbagai pengisian menarik merangkumi aktiviti komuniti, pameran agensi dan persembahan pertahanan.
Program yang bermula dari 9 pagi hingga 11 malam pada Jumaat dan Sabtu, dan 9 pagi hingga 6 petang pada Ahad, memberi ruang kepada pelbagai kementerian dan agensi mempamerkan inisiatif serta perkhidmatan digital mereka selain berinteraksi secara langsung dengan rakyat.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Simulator Trak ATM Tarik Perhatian Di PMR 2025 Melaka