DUNIA

Kekurangan Pemakanan Seimbang Ancam Nyawa Ribuan Bayi Gaza - UNICEF

08/07/2025 05:23 PM

NEW YORK, 8 Julai (Bernama-QNA) -- Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Isnin memaklumkan bahawa ribuan bayi di Semenanjung Gaza kekurangan pemakanan seimbang dan berisiko maut, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Dalam hantaran di X, Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell merujuk kepada situasi malapetaka di wilayah itu dan menyatakan bahawa ribuan bayi di sana berisiko maut atau mengalami “masalah kesihatan kekal” akibat kekurangan pemakanan seimbang.

“Setiap minit amat penting untuk menyelamatkan nyawa mereka,” katanya.

-- BERNAMA-QNA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2442755