AM

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Sembilan Negeri Hari Ini

11/05/2025 11:45 AM

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah iaitu di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. 

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Bera dan Rompin di Pahang selain Hulu Langat di Selangor serta di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor iaitu di Tangkak, Segamat dan Muar. 

Keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman seperti Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau, selain kawasan Pantai Barat seperti Papar.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2421692