3jam ago
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan setakat ini masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus, meskipun berdepan cabaran geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi luar.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Rabu, didorong pemulihan sentimen pasaran susulan laporan pelepasan stok simpanan minyak bagi meredakan lonjakan harga tenaga global, kata penganalisis.
1hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pelabur digesa mempelbagaikan portfolio dan mempertimbangkan peralihan kepada pelaburan berisiko rendah dan berkualiti tinggi semasa tempoh ketidaktentuan yang disebabkan oleh harga minyak yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Asia School of Business Prof Joseph Cherian.
1hari ago
GEORGE TOWN, 10 Mac (Bernama) -- Pulau Pinang mencatatkan RM22.4 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan pada 2025, naik 29 peratus daripada 2024, mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab perindustrian utama walaupun berlaku ketidaktentuan ekonomi global.
1hari ago
Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin
HANOI, 10 Mac (Bernama) -- Malaysia mencipta kejayaan dengan muncul sebagai negara paling terhubung di peringkat global dalam kalangan ekonomi berpendapatan sederhana dan menduduki tempat ke-16 daripada 180 negara, menurut Laporan Keterhubungan Global DHL 2026.
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula ketika mengakhiri dagangan Selasa dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras psikologi 1,700, didorong oleh pemulihan sentimen global.
1hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Harga minyak susut daripada paras tertinggi sejak 2022 kepada kurang US$100 setong pada Selasa selepas negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) membayangkan kesediaan melepaskan stok simpanan kecemasan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) optimis terhadap Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026–2030 dengan menyifatkan pelan tindakan berkenaan berpotensi meningkatkan kerancakan pasaran modal Malaysia.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia akan berkembang menjadi hab produk dengan produk khusus bertemakan ASEAN termasuk dana dagangan bursa (ETF) patuh Syariah, dana beretika, mampan dan infrastruktur, melalui pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 (CMP).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran pendapatan 2026 bagi Leong Hup International Bhd (LHI), dengan menyatakan sebarang potensi penalti daripada prosiding perundangan yang sedang berjalan mungkin dianggap sebagai barangan luar biasa atau bukan teras.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dijangka kekal antara 4.0 hingga 4.5 peratus meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar, kata Timbalan Menteri Ekonomi Mohd Shahar Abdullah.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat minggu depan, disokong keadaan bekalan yang semakin terhad dan kebimbangan terhadap konflik yang berterusan di Timur Tengah.