18jam ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan sentimen pasaran serantay yang lemah berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati dalam persekitaran kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak global dan potensi limpahan inflasi merentasi ekonomi utama.
22jam ago
LABUAN, 15 Mei (Bernama) -- Konflik yang belum selesai melibatkan Iran dijangka memacu aktiviti penggerudian minyak yang lebih aktif di perairan Sabah, kata Pengerusi Biro Minyak dan Gas Dewan Perniagaan Labuan (LCC) Masnawi Nawe.
1hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat tetapi rendah kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif berikutan pelabur mengambil keuntungan dan berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia hari ini.
1hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
ALMETYEVSK (Rusia), 14 Mei (Bernama) -- Tatneft, antara lima syarikat minyak terbesar di Rusia, terbuka untuk meneroka potensi kerjasama dalam petrokimia, penapisan dan inisiatif tenaga mampan dengan Petronas.
1hari ago
Daripada Mohd Khairi Idham Amran
NEW DELHI (India), 14 Mei (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan India merentasi beberapa sektor berpotensi tinggi, termasuk semikonduktor, tenaga boleh baharu, pembangunan sumber manusia dan pelancongan, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Destini Bhd, Destini Oil Services Sdn Bhd (DOS) memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi menyediakan perkhidmatan pengendalian tiub TRS.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian bagi saham bermodal kecil ketika beberapa kaunter wajaran tinggi diasak aktiviti pengambilan untung.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan merentasi pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aktiviti dagangan yang suram, dengan peserta pasaran terus menilai persekitaran makroekonomi dan geopolitik secara keseluruhan.
3hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu pembelian saham mewah terpilih ketika harga murah selepas dua sesi dagangan terakhir sebelum ini ditutup rendah, kata penganalisis.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam kedudukan positif pada tengah hari, mencerminkan prestasi memberangsangkan kebanyakan negara serantau dan disokong oleh sentimen positif susulan keuntungan besar di Wall Street semalam.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Selasa, mencerminkan prestasi positif Wall Street semalaman dalam persekitaran jangkaan kesan limpahan minat belian ke dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).