Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian "exim bank malaysia"

EXIM Bank Malaysia, MNS Bekerjasama Pertingkat Pengurusan Risiko Kredit

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) dan MNS Credit Management Group Pte Ltd telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam pengurusan risiko kredit dan pemulihan hutang.

EXIM Bank Malaysia Sedia Pembiayaan Islam Berjumlah US$70 Juta Kepada Berjaya Okinawa

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menyediakan kemudahan Pembiayaan Pelaburan Luar Negara Islam bernilai US$70 juta (US$1=RM4.19) kepada anak syarikat milik penuh Berjaya Land Bhd, Berjaya Okinawa Investment (S) Pte Ltd.

Exim Bank, Export Finance Australia Bentuk Kerjasama Strategik Pelaburan, Perdagangan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Export Finance Australia (EFA) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dan memanfaatkan potensi baharu pelaburan di seluruh Asia Tenggara.

EXIM Bank Perkukuh Perdagangan Global Malaysia Menerusi Pembiayaan RM87.80 Juta Untuk Pertama Ferroalloys

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah mengukuhkan perdagangan global Malaysia dengan menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan pembekal berjumlah US$20 juta (RM87.80 juta) dengan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd untuk menyokong pengembangan kapasiti pengeluaran syarikat di Bintulu, Sarawak.

EXIM Bank Malaysia, China Exim Bank Meterai Perjanjian Rangka Kerja Perkukuh Perdagangan Dua Hala

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) dan Export-Import Bank of China (China Exim Bank) menandatangani Perjanjian Rangka Kerja untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China.

Kuala Lumpur Catat Nilai Eksport RM49.54 Bilion Bagi Tempoh Sembilan Bulan Pertama 2024 - MATRADE

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dengan mencatatkan nilai eksport sebanyak RM49.54 bilion, meningkat 4.9 peratus bagi sembilan bulan pertama 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).