15jam ago
SEPANG, 19 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports (MAHB) mencatatkan 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026, menjadikan jumlah terkumpul setakat tahun ini kepada 18.3 juta penumpang untuk dua bulan pertama tahun ini.
5hari ago
ISKANDAR PUTERI, 14 Mac (Bernama) -- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheah Fah melancarkan fasa kedua pengembangannya, susulan sumbangan RM23 juta daripada Kumpulan Sunway (Sunway), bagi menampung peningkatan pendaftaran pelajar seiring dengan pembangunan di koridor selatan Johor.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd telah menerima surat anugerah (LoA) membabitkan projek bernilai RM216 juta yang akan menyaksikan pembangunan pencawang pengguna untuk sebuah pusat data di selatan Semenanjung Malaysia.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Velesto Energy Bhd (VEB), Velesto Drilling Sdn Bhd, telah memperoleh kontrak bernilai AS$157 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) untuk menyediakan pelantar penggerudian jenis jack-up bagi tempoh kontrak PCSB 2026-2030.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Maxis Bhd dianugerahkan gelaran ‘Ikon Transformasi Rangkaian Prestasi’ oleh penerbitan telekomunikasi antarabangsa, The Fast Mode, menerusi program anugerah 2025
18hari ago
JOHOR BAHRU, 1 Mac (Bernama) -- Syarikat pengeluar dan pengeksport nanas, Aqina Fruits Sdn Bhd merekodkan lonjakan nilai eksport hampir empat kali ganda kepada RM2.68 juta pada tahun lepas berbanding RM628,000 pada 2024.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan negeri, pemain industri serta pihak berkuasa tempatan perlu lebih berani menganugerahkan kontrak berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada syarikat tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bagi mempercepat pengunaan teknologi itu secara menyeluruh dalam ekonomi negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Malaysia Petroleum Management (MPM) hari ini mengumumkan perolehan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi Kluster Permata, yang terletak di luar pantai Sabah kepada Bridge Petroleum Ltd, berpangkalan di London.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB sedang memperkukuh pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terangkum menerusi program RHB #JomBiz dengan menyokong lebih daripada 1,000 usahawan mikro di seluruh Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Southern Cable Group Bhd memperoleh pesanan tambahan bernilai RM121.1 juta di bawah kontrak sedia ada dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi pembekalan kabel bawah tanah dan konduktor.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengukir nama di pentas global selepas menerima "Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026" yang berprestij di London, United Kingdom.