BERITA TERKINI   Mohd Shukri persembahkan surat letak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail tengah hari tadi | Mohd Shukri Ramli umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " uem edgenta"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Ditutup Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi kekurangan petunjuk daripada Wall Street, ketiadaan pemangkin baharu, serta penjualan.

FBM KLCI Dibuka Tinggi Jejaki Pengukuhan Prestasi Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan dalam persekitaran sentimen yang semakin positif selepas pengukuhan di Wall Street dan pasaran global.

UEM Edgenta Catat Kerugian Bersih RM94.12 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM94.12 juta untuk suku ketiga berakhir pada 30 September, 2025, berbanding keuntungan bersih RM10.23 juta setahun sebelumnya, disebabkan oleh rosot nilai bukan tunai sekali sahaja yang ketara bagi muhibah (goodwill), aset bukan semasa dan penghutang yang telah lama tertunggak.

UEM Edgenta Lantik Shaiful Subhan Sebagai Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd mengumumkan pelantikan Shaiful Subhan sebagai pengarah urusan (MD) dan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Nov, 2025.

UEM Edgenta Meterai Kontrak Sediakan Perkhidmatan Sokongan Hospital Bernilai S$220 Juta

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta).

Unit UEM Edgenta Meterai Perjanjian Interim Sediakan Perkhidmatan Sokongan Hospital

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Edgenta Mediserve Sdn Bhd (EMSB), memeterai perjanjian interim dengan kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital.