BERITA TERKINI   Piala FA: Selangor FC 2-3 Negeri Sembilan FC (Agregat 6-3) | Malaysia, Itali sepakat dalam mempercepat dan memuktamadkan kerjasama Petronas-ENI dalam masa terdekat - PM Anwar | Piala FA: Sabah FC 3-1 Kelantan The Real Warriors FC (Agregat 5-2) | 149 projek diluluskan di bawah FIMI, merangkumi 56 produksi antarabangsa dan 93 tempatan dari 2021 hingga September 2025 - Teo | Industri perfileman Malaysia hasil 59 filem dengan 13 "box office" berjumlah RM164.02 juta setakat 26 Okt - Teo | 

UEM Edgenta Lantik Shaiful Subhan Sebagai Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd mengumumkan pelantikan Shaiful Subhan sebagai pengarah urusan (MD) dan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Nov, 2025.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata Shaiful berkhidmat sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam tempoh peralihan sejak bekas MD dan CEO, Syahrunizam Samsudin meletakkan jawatan pada 31 Ogos 2025.

“Shaiful Subhan menyertai syarikat ini pada Januari 2023 sebagai Ketua Penyelesaian Penjagaan Kesihatan dan Pengarah Urusan Edgenta Mediserve Sdn Bhd.

“Sewaktu memegang jawatan ini, beliau berperanan penting dalam menyelia hala tuju strategik syarikat, memacu kecemerlangan operasi dan mengembangkan perniagaan dalam industri sokongan penjagaan kesihatan di Malaysia,” katanya.

UEM Edgenta berkata Shaiful mempunyai lebih 25 tahun pengalaman kepimpinan merentasi pelbagai sektor termasuk telekomunikasi, penyiaran dan teknologi maklumat serta pernah berkhidmat sebagai CEO Kumpulan IRIS Corporation Bhd dari 2017 hingga 2022.

“Lembaga pengarah yakin berhubung pengetahuan industrinya yang mendalam, kepimpinan terbukti dan visi Shaiful akan memperkukuh kedudukan UEM Edgenta sebagai pemain utama serantau dalam pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur,” tambahnya.

-- BERNAMA