1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami turun naik minggu depan susulan cuti yang panjang, kata peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 3.4 peratus bagi tahun ke tahun pada April 2026 akibat konflik Asia Barat, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
5hari ago
PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR), Kota Bahru yang telah diperluaskan mengendalikan 562,081 pergerakan penumpang antara Januari hingga April tahun ini, mencerminkan peningkatan 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
8hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan kelemahan dalam pasaran minyak mentah, kata seorang peniaga.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pengeluar sos dan perencah halal tempatan, Mahsuri Food Sdn Bhd melancarkan kemudahan pengeluaran canggih di Seremban, Negeri Sembilan, yang turut mencerminkan usaha syarikat mengembangkan kapasiti dan kecekapan pengeluaran.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat Capital A Bhd bagi penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), memperoleh kemudahan pembiayaan US$100 juta (US$1=RM3.95) daripada QNB Group, institusi kewangan Timur Tengah dan Afrika.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
10hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ketua sebuah firma perunding pengurusan sisa memberi amaran bahawa Malaysia haus menguatkuasakan sistem pengurusan sisa maritim yang lebih ketat bagi melindungi Selat Melaka daripada pencemaran alam sekitar, memandangkan trafik perkapalan dijangka meningkat dengan ketara melintasi laluan tersebut.
11hari ago
KUCHING, 20 Mei (Bernama) -- Nilai eksport industri perkayuan Sarawak pada suku pertama tahun ini menurun sebanyak 10 peratus kepada RM564 juta berbanding RM624 juta dalam tempoh sama tahun lepas, dipengaruhi oleh penyusutan permintaan pasaran global.
15hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
ALMETYEVSK (Russia), 16 Mei (Bernama) -- Memandangkan rantaian bekalan pertanian dan agromakanan global berdepan peningkatan kos serta ketidakpastian bekalan, produk protein alternatif kini muncul sebagai bidang pertumbuhan yang berpotensi, khususnya dalam sektor makanan ternakan.
15hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan berikutan paras stok yang tinggi dan aktiviti pengambilan untung.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Keyfield International Bhd melonjak sebanyak 171 peratus kepada RM56.13 juta bagi suku pertama 2026, berakhir pada 31 Mac 2026 berbanding RM20.67 juta pada suku pertama 2025.