Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " the nation "

Harga Emas Dijangka Kekal Kukuh Ketika Tekanan Geopolitik - Persatuan Emas Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Harga emas dijangka meneruskan aliran meningkat tahun ini berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan dan ketidaktentuan global, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah Persatuan Emas Malaysia Datuk Prof Dr Mohamad Akram Laldin.

Sektor Hartanah Malaysia Dijangka Stabil Pada 2026 Susulan Pelancaran Berhemat, Projek Kerajaan

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia dijangka stabil pada 2026, dengan penggiat industri melancarkan projek dengan berhemat di samping pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Bandar MADANI dan rumah mampu milik yang semakin berkembang.

Timor-Leste Sasar Rakan Kongsi ASEAN Bagi Projek Greater Sunrise

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Timor-Leste mempelawa pelabur ASEAN untuk menyertai pembangunan projek medan gas Greater Sunrise, yang dijangka membuka peluang pelaburan baharu dan memperkukuh penyertaan industri tempatan, kata Duta Besarnya ke Malaysia Lisualdo Gaspar.

Belanjawan 2026 Diharap Pacu Industri Perkapalan, Malaysia Sebagai Hab Maritim

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Industri perkapalan Malaysia dijangka kekal positif dan berada dalam kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada daripada pelbagai usaha penyusunan dan penjajaran semula rantaian bekalan.

Kepelbagaian ASEAN Kunci Kepada Daya Tahan Perdagangan - Ahli Ekonomi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- ASEAN berada di landasan yang betul dari segi perdagangan, pertumbuhan dan pelaburan, dengan kepelbagaian intra blok yang menyokong daya tahan.

Kanada Pergiat Usaha Tingkat Dagangan, Pelaburan Termasuk Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.

Kelonggaran Pelaksanaan Sistem e-Invois Permudah Peralihan Perniagaan Kecil - Pakar

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh, kata ahli majlis Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) Harvindar Singh.

Malaysia Perlu Guna FTA Untuk Promosi Minyak Sawit Di Global -- MPOB

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu menggunakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Scam Dalam Talian Jejas Keyakinan Pelabur, Sindiket Anggap “Menguntungkan”

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan usaha membendung scam atau penipuan kewangan secara dalam talian, yang sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan perdagangan, pelancongan, keyakinan pelabur serta keinginan Malaysia untuk muncul sebagai destinasi pelaburan utama.