BERITA TERKINI   Orang ramai diingatkan buat perancangan bersesuaian hadapi MTL yang dijangka berlaku di beberapa negeri - Fahmi | Jemaah Menteri zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Bung Moktar - Fahmi | Tindakan keras badan penguatkuasa mesti berpandukan undang-undang agar tidak menjejaskan integriti institusi - PM Anwar | Buku terbaharu PM Anwar “Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times” diluncurkan pada 7 Dis ini - Setiausaha Akhbar Kanan PM | Rizab BNM berjumlah US$124.1 bilion pada 28 Nov, memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan | 

Terdapat 48 berita berdasarkan kata kunci carian " subsidi diesel"

Kerajaan Tiada Hasrat Laksana Dasar Pengasingan Peruntukan Kebajikan, Prasarana Desa

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan dasar pengasingan (ringfencing) peruntukan dengan menetapkan satu paras minimum yang dilindungi bagi program kebajikan dan infrastruktur di desa seperti jalan raya, klinik dan hospital.

Subsidi RON95 Ambil Masa, Untuk Pastikan Pelaksanaan Teliti, Tidak Jejas Rakyat - MOF

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengambil masa lebih lama untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 berbanding subsidi lain bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan dengan teliti dan tidak menjejaskan rakyat.

Kerajaan Teliti Penyasaran Semula Subsidi Ke Atas Barangan Lain Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barangan subsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa. 

Penyusutan Hutang, Reformasi Fiskal Berpotensi Sokong Penarafan Berdaulat Malaysia - Fitch

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Jangkaan terhadap trend penyusutan hutang kerajaan secara menyeluruh dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menghampiri paras median negara yang mempunyai penarafan kredit setaraf, berpotensi meningkatkan penarafan berdaulat Malaysia pada ‘BBB+.’

BUDI MADANI RON95 Dijangka Jana Penjimatan, Perkukuh Bantuan Sosial Bersasar -- MOF

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dijangka menjana penjimatan yang dapat disalurkan bagi memperkukuh bantuan sosial bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Ringgit Dijangka Meningkat Menjelang Belanjawan 2026 Disokong Pendirian BNM, Jangkaan Fiskal

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini, disokong oleh pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan konsolidasi fiskal.

Sentimen Perniagaan Bertambah Baik Susulan Indeks RAM BCI Meningkat Pada Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) bertambah baik kepada 48.4 pada suku ketiga 2025 daripada 40.0 pada suku kedua yang mencerminkan peningkatan ketara dalam sentimen perniagaan untuk tiga bulan akan datang.

Malaysia Berada Di Landasan Capai Sasaran Defisit Susulan Penjimatan Subsidi BUDI95 Hingga RM4 Bilion

SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran defisit belanjawan tahun ini sebanyak 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Belanjawan 2026 Dijangka Tumpu Kepada Pelarasan Dasar -- CGS International

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan pada 10 Oktober, mungkin memberi tumpuan kepada dasar pelarasan halus, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Kerajaan Komited Teruskan Inisiatif Pembaharuan Fiskal - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --  Kerajaan komited meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) untuk menambah baik kutipan hasil dan semakan semula perbelanjaan awam bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan.

Sasaran KDNK RMK13, Defisit Fiskal Malaysia Boleh Dicapai - CGS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS) percaya purata sasaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.5–5.5 peratus di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), seiring dengan sasaran defisit fiskal sebanyak tiga peratus daripada KDNK menjelang 2030, boleh dicapai.

Kerajaan Tidak Teruskan Pelaksanaan Cukai HVGT - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).