1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan global meningkat susulan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah, dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau rapat perkembangan yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi negara.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Penstrukturan semula subsidi dilaksanakan secara terkawal dan bersasar supaya tidak membebankan sebahagian besar rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Subsidi RON95 berkurang kepada RM1.8 bilion pada suku keempat 2025, berbanding RM3 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
2hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, mencerminkan pendirian dasar monetari yang terus menyokong ekonomi dalam keadaan persekitaran luaran semakin tidak menentu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka stabil selepas lonjakan awal didorong oleh faktor geopolitik, mengekalkan kadar inflasi Malaysia pada tahap sederhana pada 1.6 hingga 1.9 peratus dan defisit fiskal tahun 2026 diunjurkan pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Apex Securities Bhd.
3hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah, khususnya gangguan laluan tenaga di Selat Hormuz terus menjejaskan pasaran kewangan global apabila pelabur beralih kepada aset selamat susulan kebimbangan terhadap kesinambungan bekalan tenaga dunia.
3hari ago
PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan sebenar subsidi diesel berkurang kepada RM6.2 bilion pada 2025 berbanding RM10.1 bilion pada 2024, sekali gus mencatatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Eksport Gas Asli Cecair (LNG) negara yang kukuh memberi kelebihan kepada Malaysia daripada kenaikan harga gas, dengan anggaran setiap kenaikan US$5 per juta British Thermal Unit (mmbtu) dapat menyumbang kira-kira 1.23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam akaun semasa.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus kekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter dan tidak bercadang untuk melakukan sebarang perubahan drastik dari segi harga serta dasar ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai pendedahan yang sederhana kepada konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sedang berlaku dan keadaan itu boleh diurus dari sudut makroekonomi, kata ahli ekonomi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Hampir 14.8 juta daripada 16.5 juta individu yang layak atau lebih 88 peratus telah menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter melibatkan nilai jualan RM12.8 bilion atau penggunaan 6.46 bilion liter setakat 28 Feb 2026.