BERITA TERKINI   Liga Super: Terengganu FC 1-1 Kuching City FC | 

Terdapat 73 berita berdasarkan kata kunci carian " saham berwajaran tinggi"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung, Sentimen Berhati-hati Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, diseret turun oleh pengambilan untung dalam kaunter wajaran tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meskipun Wall Street ditutup bercampur-campur, dengan sentimen pasaran tempatan disokong kemungkinan berakhirnya penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, mencerminkan kebanyakan pasaran serantau susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terus melemahkan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit ketika sesi dagangan tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam kaunter telekomunikasi, produk pengguna dan perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, bagaimanapun lebih tinggi sedikit pada awal dagangan, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga murah dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor utiliti.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Didorong Belian Semasa Harga Murah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Rabu, didorong pembelian semasa harga murah di seluruh papan, didahului kaunter berwajaran tinggi terutama melibatkan produk pengguna, telekomunikasi dan perladangan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Didorong Pembelian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa tengah hari pada Selasa, didorong oleh pembelian ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna serta utiliti.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat Untuk Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR,19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham berwajaran tinggi terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan Wall Street berikutan sentimen berhati-hati susulan data ekonomi AS yang lemah dan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas sektor semikonduktor dan farmaseutikal.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Mengambil Untung Pada Saham Wajaran Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila pelabur mengambil keuntungan pada saham berwajaran tinggi terpilih, susulan kenaikan tinggi pada Jumaat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Sentimen Waspada Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, apabila para pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) pada 1 Ogos.