4jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Negara-negara di Asia-Pasifik kini menghadapi peningkatan risiko kekurangan fizikal, bukan sahaja tenaga, susulan serangan terbaharu Iran terhadap kemudahan LNG Ras Laffan Qatar termasuk minyak dan gas serta baja dan berpotensi melibatkan kemudahan pengeluaran makanan pada akhir tahun ini.
20jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah, memberikan sokongan kepada mata wang AS itu.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Konflik yang berterusan di Asia Barat, jika berlarutan, boleh menyebabkan gangguan struktur yang teruk dalam pasaran baja Malaysia, menurut Persatuan Industri Baja Malaysia (FIAM).
22jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan pada saat-saat akhir dalam saham utama terutama sektor kesihatan, utiliti dan perkhidmatan kewangan, dan turut seiring dengan kelemahan pasaran serantau.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit Malaysia yang lebih kukuh membantu mengurangkan kesan kenaikan harga import global, walaupun paras liputan import negara telah menurun berbanding paras prapandemik COVID-19, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, bagaimanapun ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan sentimen global yang bersikap berhati-hati terus memberi kesan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan hari ini apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan harga minyak mentah yang rendah selepas langkah pelepasan Rizab Petroleum Strategik (SPR).
1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring prestasi positif pasaran serantau serta disokong oleh penyenaraian kukuh Sunway Healthcare Bhd.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Inflasi utama Malaysia dijangka kekal terkawal, disokong oleh subsidi bersasar kerajaan, di tengah-tengah konflik Asia Barat, kata Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
2hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan kedudukan pelabur yang berhati-hati menjelang keputusan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan kesediaan untuk mengambil risiko yang lebih baik.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- OCBC Group Research telah menyemak semula unjuran minyak mentah Brent menjadi lebih tinggi, menjangkakan harga kekal meningkat pada sekitar US$100 setong hingga pertengahan tahun sebelum susut ke arah US$70 setong menjelang awal 2027 di tengah-tengah gangguan bekalan yang berterusan.