Terdapat 863 berita berdasarkan kata kunci carian " pub"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Langkah Penyelarasan Subsidi Bahan Api Kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengatasi prestasi pasaran serantau apabila sentimen pasaran bertambah baik susulan langkah penyelarasan subsidi bahan api kerajaan, yang menyokong kestabilan fiskal dan kemampuan isi rumah di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan di Asia Barat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Isyarat Konflik Asia Barat Bercanggah Jejas Sentimen

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.34 peratus memandangkan pelabur mengikuti rapat perkembangan Asia Barat di samping masih berhati-hati ekoran isyarat kian bercanggah dari Amerika Syarikat (AS) dan Iran mengenai kemungkinan rundingan damai.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya Susulan Sentimen Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya walaupun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman ketika sentimen pelabur dijangka tidak menentu dalam masa terdekat ini.

Harga Minyak Susut, Bursa Malaysia Ditutup Meningkat Seiring Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh peningkatan selera risiko di pasaran serantau walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Apabila Harapan Terhadap keredaan Konflik Asia Barat Pudar

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan minat risiko berkurangan apabila harapan terhadap keredaan konflik Asia Barat semakin pudar sekali gus menjejaskan sentimen.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Kelemahan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis menjejaki kelemahan semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring prestasi positif pasaran serantau serta disokong oleh penyenaraian kukuh Sunway Healthcare Bhd.

Bursa Malaysia Kekal Kukuh Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Positif Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan tengah hari ini, selari dengan prestasi positif pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Kenaikan Wall Street Walaupun Harga Minyak Mentah Meningkat

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, sejajar dengan kenaikan Wall Street semalaman walaupun harga minyak mentah yang tidak menentu kekal melebihi paras US$100 setong.

Bursa Malaysia Meningkat Semula, Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula selepas mencatatkan kerugian selama dua hari untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu aktiviti memburu saham berharga rendah dan seiring dengan prestasi pasaran serantau yang memberangsangkan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Positif Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Selasa, sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan industri.