Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya Susulan Sentimen Tidak Menentu
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya walaupun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman ketika sentimen pelabur dijangka tidak menentu dalam masa terdekat ini.
Pada 9.10 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.51 mata kepada 1,716.17 daripada 1,716.68 semalam.
Sewaktu dibuka, indeks petunjuk utama itu menokok 2.78 mata lebih tinggi kepada 1,719.46.
Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 187 berbanding 106 manakala 260 kaunter tidak berubah, 2,205 tidak diniagakan dan 76 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 154.26 juta saham bernilai RM124.57 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street meningkat pada akhir dagangan susulan penurunan harga minyak mentah apabila Amerika Syarikat (AS) mengemukakan cadangan gencatan senjata 15 perkara kepada Iran untuk menamatkan perang yang dilancarkan AS dan Israel ke atas Iran.
“Kami percaya aktiviti pembelian pada harga lebih rendah akan berlaku. Oleh itu, indeks dijangka bergerak dalam julat 1,710 hingga 1,720 hari ini,” katanya.
Kaunter wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik empat sen kepada RM11.48, Public Bank susut dua sen kepada RM4.91, CIMB untung satu sen kepada RM7.90, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.42 dan IHH Healthcare susut lima sen kepada RM8.94.
Bagi kaunter paling aktif, Sunway Healthcare meraih 10 sen kepada RM2.22, Astro tidak berubah pada lapan sen, TWL turun setengah sen kepada dua sen, Handal Energy naik setengah sen kepada 3.5 sen, manakala Zetrix AI rugi dua sen kepada 73 sen.
Kaunter paling untung didahului oleh Allianz yang meraih 36 sen to RM21.06, Petronas Chemicals menambah 22 sen kepada RM5.68, Petronas Dagangan menokok 12 sen kepada RM21.72 dan Hong Leong Financial meningkat 10 sen kepada RM19.66.
Sebaliknya kaunter paling rugi termasuk Nestle yang susut 36 sen kepada RM97.64, United Plantations rugi 20 sen kepada RM33.40, Malaysian Pacific berkurangan 12 sen kepada RM28.78 dan Carmin Petroleum susut 10 sen kepada 34 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Top 100 turun 9.93 mata kepada 12,326.0, Indeks FBM Emas susut 12.28 mata kepada 12,462.56 dan Indeks FBM ACE menguncup 10.35 mata kepada 4,359.95.
Indeks FBM 70 turun 40.90 mata kepada 16,922.86 manakala Indeks FBM Emas Shariah susut 13.76 mata kepada 12,180.73.
Bagi sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 20.50 mata kepada 20,590.12, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.03 mata kepada 181.15, Indeks Perladangan turun 9.93 mata kepada 8,569.52 manakala Indeks Tenaga susut 0.91 mata kepada 784.45.
-- BERNAMA