6jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak mengubah hala tuju dasar nuklear negara, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Batik Air Malaysia (Batik Air) merancang untuk menambah 10 lagi pesawat tahun ini, menjadikan keseluruhan armadanya kepada 63 kapal terbang.
1hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Projek stesen janakuasa Rancha yang bakal dibina di sini dijangka dapat mengukuhkan lagi jaminan bekalan kuasa Labuan, menyelesaikan isu gangguan elektrik yang berlarutan dan meningkatkan daya tarikan pulau itu sebagai destinasi pelaburan.
4hari ago
IPOH, 24 Jan (Bernama) -- Rangkaian hotel antarabangsa terkemuka, TUI Blue menyertai sektor pelancongan Malaysia melalui kerjasama strategik dengan The Haven Resort Sdn Bhd, mewujudkan satu daripada resort jenama hotel antarabangsa di Ipoh.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan menyediakan fleksibiliti dalam dasar bagi menarik syarikat-syarikat multinasional dan syarikat besar antarabangsa untuk menubuhkan ibu pejabat serantau atau global masing-masing di Malaysia.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Sebanyak 18 institusi perbankan mengesahkan penyertaan dalam Sandbox Fasa Kedua menerusi pelaksanaan integrasi MyDigital ID dalam sektor kewangan secara berperingkat dan tersusun, selari dengan amalan terbaik antarabangsa.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- DXN Holdings Bhd (DXN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Promosi Perdagangan dan Pelaburan Brazil (Apex-Brasil) untuk meneroka Brazil sebagai hab serantau yang berpotensi bagi operasi Amerika Latinnya.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penarafan Tadbir Urus Korporat (CG) yang dinilai secara bebas bagi Syarikat Senaraian Awam (PLC) di Pasaran Utama dan Pasaran ACE kini diterbitkan di platform MyBURSA.
7hari ago
PETALING JAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ambest Group Bhd, penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan yang mengkhusus dalam pemesinan ketepatan, menyasarkan untuk mengumpul kira-kira RM27.50 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 6 Feb, 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) – MMC Ports Holdings Bhd, pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia dan pengurus hab pemindahan kargo utama akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan naik taraf infrastruktur yang disasarkan serta program penambahbaikan peralatan pada 2026.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Tadbir urus korporat yang kukuh yang berpaksikan kepada kepercayaan dan akauntabiliti adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta kestabilan pasaran modal Malaysia di tengah-tengah peningkatan ketidaktentuan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kerajaan mengamalkan strategi diplomasi perdagangan yang dinamik untuk menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan pasaran utama bagi menangani sebarang bentuk diskriminasi.