BERITA TERKINI   Seorang pekerja lelaki Rohingya ditemukan maut dalam kebakaran bangunan bekas pawagam di Jalan Penang, malam ini. - Pengarah Bomba Pulau Pinang | 

Terdapat 3531 berita berdasarkan kata kunci carian " perniagaan"

PIP Bantu Capai Sasaran Perdagangan Malaysia-Thailand US$30 Bilion

PADANG BESAR, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan yakin pembangunan Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) di sini akan menyumbang secara signifikan kepada sasaran perdagangan dua hala Malaysia-Thailand, yang diunjurkan mencecah US$30 bilion menjelang tahun depan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikal awal ditutup rendah pada Jumaat berikutan penjualan pada saat-saat akhir dalam saham mewah ketika pelabur mula berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat terus menjejaskan sentimen pasaran.

Kredit Kepada Sektor Swasta Bukan Kewangan Berkembang 5.8 Peratus Pada April 2026 - BNM

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan berkembang sebanyak 5.8 peratus pada April 2026 daripada 5.6 peratus pada Mac 2026 dipacu oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman perniagaan terkumpul dan bon korporat terkumpul, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Untung Bersih Suku Pertama OSK Naik 11 Peratus Kepada RM138.04 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- OSK Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, naik 11 peratus kepada RM138.04 juta.

Dari Dapur Ibu Ke Pentas Dunia - Cef Muda Bawa Citarasa Malaysia Ke Russia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Lama sebelum beliau meneroka arena kulinari antarabangsa di Russia dengan membawa citarasa Malaysia kepada juri dari seluruh dunia, Wan Amirul Asyraaf Wan Rosidi terlebih dahulu menimba ilmu mengenai makanan dalam cara yang lebih mudah.

Untung Bersih YTL Corp Susut Kepada RM325.99 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) susut kepada RM325.99 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM432.63 juta pada suku sama tahun kewangan 2025.

QL Resources Raih Untung Bersih Lebih Rendah Pada RM450.35 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- QL Resources Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM450.35 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 (TK2026) berbanding RM455.08 juta bagi tempoh sama 2025.

Unit Mudajaya Jual 45 Peratus Pegangan Dalam Real Jade Pada Harga RM118.45 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Mudajaya Group Bhd, melalui anak syarikat tidak langsung milik penuh, Xelmont Ltd, menjual 45 peratus kepentingan ekuitinya dalam Real Jade Ltd kepada Minyi Holdings Ltd (MHL) pada harga HK$234 juta (RM118.45 juta).

Untung Bersih IJM Corp Susut Kepada RM3.24 Juta, Umum Dividen Kedua Dan Khas

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd merosot kepada RM3.24 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (TK2026), daripada RM403.37 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Bursa Malaysia Teruskan Penurunan Susulan Ketegangan Geopolitik Semakin Memuncak

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, meneruskan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut apabila pelabur menjadi semakin berhati-hati terhadap risiko susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.

SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Utama, Tingkat Akses Penyenaraian Awam Untuk Penerbit

KUALA LUMPUR, 28 Mei  (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons untuk memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama. 

Keuntungan Bersih Maybank Catat RM2.48 Bilion Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.48 bilion untuk suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2026 berbanding RM2.58 bilion tahun lepas, disokong oleh margin faedah bersih (NIM) lebih baik, pengurusan kos dan kualiti aset berdisiplin dan yuran teras lebih tinggi.