1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih dengan ditutup pada paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat akhir dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- UDA Holdings Bhd optimis prospek pasaran hartanah negara kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan lebih bersasar tahun ini, dipacu oleh pelbagai inisiatif utama yang dilaksanakan kerajaan dalam merangsang pemilikan serta mengekalkan kestabilan pasaran domestik.
1hari ago
PENDANG, 6 Feb (Bernama) -- Syarikat makanan, Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd melabur sebanyak RM10 juta bagi pembelian mesin berteknologi baharu sebagai usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran serta menjamin kualiti produk keluarannya.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia meneruskan momentum untuk meraih semula status sebagai ‘Harimau Asia’ di peringkat ekonomi serantau dan global, dipacu oleh pembaharuan asas dan keyakinan antarabangsa yang semakin meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 menurun kepada RM112.19 juta daripada RM169.02 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya.
8hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan momentum pengukuhannya, diniagakan dalam julat 3.93-3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur mengalihkan tumpuan terhadap pengumuman data penting AS bagi mendapat petunjuk baharu.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mahu mengekalkan pengeluaran domestik kira-kira dua juta tong setara minyak sehari (MMboe/d) dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui pelaburan berterusan dalam penerokaan, pembangunan laut dalam dan pemulihan minyak yang dipertingkatkan.
9hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh peningkatan aliran dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil untung susulan kenaikan sebelum ini serta menilai kesan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia mendahului negara lain di Asia Tenggara dari segi jumlah penyenaraian, dengan 59 IPO meraih US$1.4 bilion (2024: 55 IPO meraih US$1.6 bilion), terutamanya melalui Pasaran ACE (US$1 = RM3.96).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun dalam niaga hadapan getah serantau dan minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.