Terdapat 703 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran utama"

Anak Syarikat Eonmetall Cadang Jual Tanah Di Klang Berharga RM273.28 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Eonmetall Group Bhd (EGB) melalui anak syarikat milik penuhnya Eonmetall Land Sdn Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual sebidang tanah pegangan bebas di Klang, Selangor kepada WG Malaysia VIII Sdn Bhd pada harga RM273.28 juta.

Sorento Capital Sasar Berpindah Ke Pasaran Utama Menjelang Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Sorento Capital Bhd bercadang untuk memindahkan status penyenaraiannya daripada Pasaran ACE kepada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Bursa Malaysia Di Tutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Seiring Kelemahan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan pada saat-saat akhir dalam saham utama terutama sektor kesihatan, utiliti dan perkhidmatan kewangan, dan turut seiring dengan kelemahan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring prestasi positif pasaran serantau serta disokong oleh penyenaraian kukuh Sunway Healthcare Bhd.

Bursa Malaysia, Anak Syarikat Akan Ditutup Sempena Hari Raya Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup mulai Jumaat hingga Isnin (20-23 Mac 2026) bersempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Bursa Malaysia Kekal Kukuh Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Positif Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan tengah hari ini, selari dengan prestasi positif pasaran serantau.

Ketegangan Geopolitik Tidak Jejas Sektor Perubatan - Sunway Healthcare

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor perubatan Malaysia tidak terjejas oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah, justeru prospek pelancongan perubatan kekal kukuh bagi tahun ini, menurut Sunway Healthcare Holdings Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Kenaikan Wall Street Walaupun Harga Minyak Mentah Meningkat

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, sejajar dengan kenaikan Wall Street semalaman walaupun harga minyak mentah yang tidak menentu kekal melebihi paras US$100 setong.

Bursa Malaysia Meningkat Semula, Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula selepas mencatatkan kerugian selama dua hari untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu aktiviti memburu saham berharga rendah dan seiring dengan prestasi pasaran serantau yang memberangsangkan.

Bursa Malaysia Keluarkan Pharmaniaga Daripada Status PN17 Berkuat Kuasa Esok

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia berkata Pharmaniaga Bhd akan dikeluarkan daripada status PN17 berkuat kuasa 9 pagi esok.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat terus memberi kesan kepada sentimen pasaran.

1,700 Jadi Paras Penting Bagi Hala Tuju Pergerakan Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan memandangkan kalangan pelabur memantau rapat perkembangan di Asia Barat serta pergerakan harga tenaga global.