BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 1-1 Penang FC | Liga Super: DPMM FC 1-1 Melaka FC | Liga Super: Kuching City FC 2-0 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 144 berita berdasarkan kata kunci carian " lembaga pengarah"

Bank Muamalat Dapat Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengukir nama di pentas global selepas menerima "Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026" yang berprestij di London, United Kingdom.

Sektor Elektrik Dan Elektronik Antara Tumpuan Pelaburan Utama Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) --Sektor elektrik dan elektronik (E&E) terutamanya semikonduktor, akan terus menjadi antara sektor utama untuk pelaburan berpotensi tahun ini, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

CGC Lantik Dua Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah melantik Zaida Khalida Shaari dan Rohan Krishnalingam sebagai pengarah bukan eksekutif bebas baharunya, masing-masing berkuat kuasa 1 Jan serta 20 Jan 2026.

JcbNext Lupus Baki Pegangan 9.45 Peratus Dalam Nova Pharma Pada Harga RM5.21 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- JcbNext Bhd melupuskan keseluruhan 9.45 peratus pegangan ekuitinya dalam Nova Pharma Solutions Bhd pada harga RM5.21 juta selepas menerima tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat daripada Southern Score Builders Bhd.

AAX Belum Muktamad Menamakan Semula Syarikat Kepada AirAsia Pada 19 Jan

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menjelaskan bahawa tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat untuk menamakan semula syarikat itu kepada AirAsia pada 19 Januari, 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Urusan Lynas Amanda Lacaze Akan Bersara

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Ltd, Amanda Lacaze akan bersara selepas 12 tahun menggalas jawatan tersebut.

Bursa Lulus Pelan Regularisasi Iskandar Waterfront City

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Iskandar Waterfront City Bhd mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung cadangan pelan regularisasinya yang merangkumi cadangan penyelesaian hutang dan cadangan pengurangan modal, untuk membolehkannya keluar daripada status penerbit tersenarai yang terjejas.

Izwan Hasli Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Baharu

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV), pemaju kawasan Merdeka 118 di Kuala Lumpur melantik Datuk Ir Ts Izwan Hasli Mohd Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Jan, 2026.

TRC Synergy Raih Kontrak RM550.80 Juta Untuk Projek LRT Mutiara Line Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, Trans Resources Corporation Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM550.8 juta daripada SRS Consortium Sdn Bhd untuk projek berkaitan Light Rail Transit (LRT) Mutiara Line di Pulau Pinang.

MATRADE Lantik Abu Bakar Yusof Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melantik Abu Bakar Yusof sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini.

Anak Syarikat Gadang Memeterai PPA Fotovoltan Solar Berskala Besar Dengan Sabah Electricity

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikat milik 60 peratusnya, Tenaga Aspirasi Sdn Bhd (SPP) hari ini telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga fotovoltan solar (PPA) berskala besar dengan Sabah Electricity Sdn Bhd.

CMSB Mula Projek Barisan 2 Klinker Mambong Bernilai RM673 Juta Bagi Tingkat Bekalan Simen Sarawak

PADAWAN, 18 Dis (Bernama) -- Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) hari ini mengadakan majlis pecah tanah projek Barisan 2 Pengeluaran Klinker Mambong bernilai RM673 juta.