Terdapat 238 berita berdasarkan kata kunci carian " kerajaan persekutuan "

Eksport Halal Malaysia RM68.52 Bilion Pada 2025, Naik 10.9 Peratus Tahun Ke Tahun - HDC

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Eksport halal Malaysia pada 2025 berjumlah RM68.52 bilion, meningkat 10.9 peratus tahun ke tahun sekali gus menunjukkan permintaan global yang berterusan dan daya tahan industri dalam persekitaran cabaran geopolitik yang sentiasa berubah, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).

JS-SEZ Pacu Kerjasama, Serlah Johor Sebagai Hab Pelaburan Dan Digital

JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) -- Kerjasama kukuh pelbagai pihak berkepentingan bertunjangkan pendekatan ekosistem holistik, dijangka mempercepat transformasi ekonomi Johor, khususnya menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Krisis Tenaga Global: Kerajaan Ambil Langkah Berjaga-jaga Dalam Pelarasan Dasar Negara - PM

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelarasan pelaksanaan dasar negara khususnya bagi menangani kesan krisis tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jurang Harga Diesel Gambarkan Realiti Struktur, Seiring Dengan Dasar Negara - CILTM

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 28 Mac (Bernama) -- Institut Logistik dan Pengangkutan Berkanun Malaysia (CILTM) Cawangan Sabah menyokong pendekatan kerajaan Persekutuan dalam menangani perbezaan harga diesel antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, dengan menegaskan bahawa struktur harga itu mencerminkan realiti struktur dan logistik asas, bukannya layanan keutamaan.

Rizab Antarabangsa Berjumlah US$128.1 Bilion Pada 13 Mac 2026

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.1 bilion pada 13 Mac 2026.

Megah Port Management, Lembaga Pelabuhan Labuan Meterai Perjanjian Bagi Pacu Operasi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) hari ini memeterai perjanjian lanjutan operasi, kemudahan dan pengurusan serta perjanjian pemajakan bertujuan mengukuhkan lagi operasi pelabuhan dan perkhidmatan maritim di pulau bebas cukai itu. 

Johor Catat RM110 Bilion Pelaburan Pada 2025, Pecah Rekod Negara

JOHOR BAHRU, 6 Mac (Bernama) -- Johor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM110 bilion pada 2025, menjadikannya rekod tertinggi dalam sejarah negara.

BNM: Rizab Antarabangsa Berjumlah US$128.3 Bilion Setakat 27 Feb, 2026

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026.

Unit Ekovest Meterai Perjanjian Konsesi Bagi Projek Like RM2.32 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Anak syarikat Ekovest Bhd, Lebuhraya DUKE Fasa 2A Sdn Bhd memeterai perjanjian konsesi dengan kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Lebuhraya Laluan Istana-Kiara (LIKE) dengan anggaran jumlah kos pembinaan RM2.32 bilion.

Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Dijangka Cecah RM10.5 Bilion Tahun Ini - PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Majlis Kewangan Negara (MKewN) hari ini bersetuju meningkatkan pemberian kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini daripada RM10.3 bilion pada 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Angka Pelaburan Tertinggi Bagi Johor Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 28 Feb (Bernama) — Satu jumlah pelaburan yang lebih ‘besar’ bakal diumumkan dalam masa terdekat, susulan perkembangan positif pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. 

LKAN: 24 Syarikat Subsidiari Lima Agensi Persekutuan Rugi Tiga Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan telah merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.