Terdapat 118 berita berdasarkan kata kunci carian " js-sez"

Unit EcoWorld Jual Tanah Perindustrian Di Johor Pada Harga RM280.8 Juta

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unit Eco World Development Group Bhd, Eco Business Park 6 Sdn Bhd menjual dua bidang tanah perindustrian di Kulai, Iskandar Malaysia, Johor kepada KNBDC Malaysia Five Sdn Bhd pada harga RM280.8 juta.

Krisis Asia Barat Peringatan Kepada ASEAN Perkukuh Keselamatan Tenaga - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Krisis di Asia Barat menjadi peringatan kepada negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia, mengenai keperluan memperkukuh dan mempelbagaikan keselamatan tenaga serta kerjasama dalam perdagangan dan rantaian bekalan.

Johor Guna Pendekatan Reka Khusus Bagi Penuhi Permintaan, Keperluan Pelabur -- Hasni

JOHOR BAHRU, 19 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor mengguna pakai pendekatan yang direka khusus mengikut keperluan bagi memenuhi permintaan dan menarik pelaburan terutamanya di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

JS-SEZ Pacu Kerjasama, Serlah Johor Sebagai Hab Pelaburan Dan Digital

JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) -- Kerjasama kukuh pelbagai pihak berkepentingan bertunjangkan pendekatan ekosistem holistik, dijangka mempercepat transformasi ekonomi Johor, khususnya menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Johor Sedia Kekal Peneraju FDI, Perkukuh Rangka Kerja JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 1 April (Bernama) -- Johor komited mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama negara dan terus berada di barisan hadapan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), yang mencatat RM110.1 bilion pada 2025, tertinggi di kalangan semua negeri.

Agenda Penskalaan PMKS Diperhebat Seiring Pelaksanaan JS-SEZ

Oleh Hasnah Jusid

JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) -- SME Corp Malaysia akan mempergiat usaha memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan memainkan peranan signifikan dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selaras agenda memperkukuh daya tahan dan sumbangan sektor itu kepada ekonomi negara.

Pelancaran Pelan Tindakan, Pelan Induk JS-SEZ Ditangguh

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pelancaran pelan induk dan pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijadualkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru, ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kementerian Ekonomi Muktamadkan Pelan Induk Pelaburan JS-SEZ - Akmal Nasrullah 

PUTRAJAYA, 12 Mac -- Kementerian Ekonomi sedang memuktamadkan pelan induk dan pelan tindakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka dilancarkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.

JS-SEZ: Kehadiran ‘Queen Bee’  Semikonduktor Dijangka Cipta Ekosistem Baharu 

Oleh Mohamad Syazwan Mustafa

JOHOR BAHRU, 10 Mac (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem baharu dalam sektor pembuatan termaju semikonduktor di Johor menerusi kemasukan sebuah syarikat peneraju industri atau “queen bee” dalam masa terdekat.

Johor Sasar Pelaburan RM140 Bilion Tahun Ini

JOHOR BAHRU, 9 Mac (Bernama) -- Selepas mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi negara pada tahun lepas sebanyak RM110 bilion, Johor menyasarkan untuk meningkatkan lagi momentum pertumbuhan pelaburan kepada RM140 bilion pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

2025 Merupakan Tahun Terbaik Johor Dengan Kemasukan FDI Melalui JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- 2025 merupakan tahun terbaik Johor selepas ia mencatatkan pertumbuhan dari segi pelaburan langsung asing (FDI), disokong oleh kejayaan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

KSL Perkenal Perbandaran Dengan GDV RM15 Bilion, Riveria Garden Di JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 2 Mac (Bernama) -- KSL Holdings Bhd telah memperkenalkan perbandaran terbesarnya yang terletak di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Riveria Garden yang memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak  RM15 bilion (GDV) di Iskandar Puteri.