BERITA TERKINI   Aspek keselamatan perkhidmatan KLIA Aerotrain yang akan beroperasi berada di tahap tinggi - Loke | Perkhidmatan KLIA Aerotrain akan mula beroperasi pada 1 Julai ini bermula 10 pagi - Loke | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " israel-iran"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merekodkan penurunan untuk ditutup lebih rendah hari ini, didorong oleh langkah pengambilan untung berterusan, di tengah-tengah kebimbangan mengenai konflik Israel-Iran. 

Sentimen Waspada Pacu Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal dalam sentimen berhati-hati dalam senario konflik Timur Tengah yang kian meruncing, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini dalam situasi kebimbangan geopolitik yang berterusan dan walaupun dolar AS mengukuh selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu hari ini dan ditutup hampir tidak berubah dengan indeks bergerak dalam jajaran kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global, apabila para pelabur enggan mengambil pegangan jangka panjang.

Bursa Malaysia Hampir Mendatar Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal hampir mendatar pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, berselang-seli dengan aktiviti pengambilan untung diterajui oleh kaunter produk dan perkhidmatan pengguna. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin berikutan sentimen risiko global yang lebih baik, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Sejajar Dengan Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik Israel-Iran yang meningkat, kata penganalisis.

Selat Hormuz Satu Kebimbangan Namun Industri Minyak Kekal Stabil- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harga Minyak Naik Berikutan Konflik Israel-Iran, Lonjak Saham-Saham Tenaga Bursa Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Serangan tentera Israel ke atas Iran awal hari ini telah menyebabkan harga minyak meningkat dengan ketara, sekali gus melonjakkan Indeks Tenaga Bursa Malaysia sebanyak 2.01 peratus kepada 740.76 mata berbanding 726.13 mata ketika ditutup semalam.