20jam ago
PENAMPANG, 16 Mei (Bernama) -- Syarikat perkapalan bersetuju untuk menangguhkan cadangan pelaksanaan surcaj kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) susulan siri libat urus dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 8.2 peratus kepada 21,310 tan pada Mac 2026 daripada 22,124 tan pada Februari 2026, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran tenaga global menunjukkan sedikit kestabilan, tetapi masih memerlukan pemantauan kerana sebarang gangguan baharu boleh memberi kesan kepada kos tenaga dan pengeluaran, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilihat sebagai satu mekanisme pengurusan permintaan yang berguna dan penting dalam memahami pola penggunaan di peringkat negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Hartanah kekal sebagai lindung nilai yang baik terhadap peningkatan tekanan inflasi berikutan lonjakan harga tenaga yang berpunca daripada konflik Asia Barat, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- BMI menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat 9 Julai ini susulan keputusan sama pada 7 Mei lepas.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026, dipacu oleh pertumbuhan 5.5 peratus dalam output sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan RM173.1 bilion pada Mac 2026, meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9hari ago
Oleh M. Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun risiko meningkat berikutan konflik Asia Barat yang berterusan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang kekal aktif dan eksport yang utuh dipacu perkembangan pesat sektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI) pada peringkat global.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu dalam berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$128.29 bilion pada akhir Februari 2026.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 1.1 peratus pada Mac 2026 berbanding penurunan 3.4 peratus pada bulan sebelumnya, peningkatan pertama sejak Mac 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.