12jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan Netherlands, Pusat Penggalakan Import dari Negara Membangun (CBI) untuk mempertingkatkan keupayaan eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
16jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia melihat bekalan tenaga atau kekurangan bahan mentah tidak mendatangkan risiko tinggi kepada industri semikonduktor pada peringkat ini, disokong oleh statusnya sebagai pengeksport gas bersih, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1hari ago
JAKARTA, 4 Mei (Bernama) -- Indonesia merancang untuk memperkenalkan duti eksport serta cukai keuntungan luar biasa ke atas arang batu dan nikel sebagai sebahagian usaha mengimbangi peningkatan kos subsidi dalam belanjawan negara.
1hari ago
KUCHING, 4 Mei (Bernama) -- Industri lada negara menunjukkan perkembangan positif apabila menyumbang sekitar RM2.27 bilion tahun lepas, berbanding RM2.24 bilion pada 2024, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia perlu memperluas pembiayaan hijau, memperkukuh keupayaan teknologi tempatan serta meningkatkan penyertaan merentas sektor dan wilayah bagi memanfaatkan sepenuhnya peralihan global ke arah kemampanan, sekali gus menjadikan risiko iklim sebagai kelebihan daya saing dalam rantaian nilai hijau.
1hari ago
KUCHING, 4 Mei (Bernama) -- Sektor agrikomoditi negara kini memasuki fasa transformasi kritikal dengan peralihan ke arah penggunaan teknologi moden, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pengukuhan berterusan ringgit serta peningkatan unjuran ekonomi oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan kekuatan asas ekonomi negara dan keyakinan pelabur terhadap hala tuju pentadbiran Malaysia MADANI.
4hari ago
GEORGE TOWN, 1 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang memasuki suku kedua 2026 dengan ekonominya di landasan amat kukuh, termasuk mempertahan kedudukan sebagai ‘nadi eksport’ Malaysia dengan menyumbang hampir 45 peratus jumlah eksport nasional.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah hari ini berikutan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan jumlah aset industri sebanyak US$94 bilion (AS$1=RM3.95) pada 2025, meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan jualan keseluruhan sebanyak RM4.5 bilion pada acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi tahun ini.
8hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh pengukuhan nilai ringgit, menurut seorang peniaga.