BERITA TERKINI   Piala Uber: Jepun 1 Malaysia 0: Akane Yamaguchi kalahkan K. Letshanaa 21-19, 21-17 | Piala Thomas: Malaysia 4 Finland 1: Soh Wooi Yik-Tee Kai Wun menewaskan Ananda Galvani Daniswara-Alvar Melleri 21-7, 21-14 | Piala Thomas: Malaysia 0 Finland 1: Leong Jun Hao kalah kepada Joakim Oldorff 17-21, 15-21 | Isu Kerajaan Negeri Sembilan: UMNO pusat akan bertemu ADUN UMNO negeri dalam masa terdekat - Ahmad Zahid | UMNO akan bertemu PM Anwar, bincang isu Kerajaan Negeri Sembilan - Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Ringgit Mengukuh, Minyak Kacang Soya Melemah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh pengukuhan nilai ringgit, menurut seorang peniaga.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata sentimen juga tertekan oleh harga minyak soya yang lebih lemah serta kelemahan eksport baru-baru ini.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,480 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,650 setiap tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2026 susut RM52 kepada RM4,465 setiap tan manakala kontrak Jun 2026 turun RM60 kepada RM4,505 setiap tan dan kontrak Julai 2026 merosot RM63 kepada RM4,534 setiap tan.

Kontrak Ogos 2026 berkurang RM57 kepada RM4,560 setiap tan, kontrak September 2026  menguncup RM51 kepada RM4,576 setiap tan manakala kontrak Oktober 2026 turun RM42 kepada RM4,580 setiap tan.

Jumlah dagangan menurun kepada 62,887 lot daripada 115,936 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka susut kepada 257,941 kontrak daripada 258,789 kontrak.

Harga fizikal MSM bagi Mei Selatan merosot RM40 kepada RM4,530 setiap tan.

-- BERNAMA