BERITA TERKINI   Ringgit dibuka kukuh pada RM4.04 berbanding dolar AS pada Rabu, hampiri paras tertinggi dalam hampir lima tahun | 

Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian " cadangan pelupusan"

KNM Terima Notis Tuntutan Cadangan Pelupusan Anak Syarikat Jerman

KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).

Chin Hin Jual Kepentingan Dalam Metex Steel Pada Harga RM70 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Chin Hin Group Bhd melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Metex Steel Sdn Bhd yang terdiri daripada 50 juta saham biasa kepada EC Excel Wire Sdn Bhd pada harga tunai RM70 juta.

Ramssol Sokong Anak Syarikat Alami Kerugian Untuk Raih Untung US$1 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ramssol Group Bhd menyatakan sokongan terhadap anak syarikatnya yang mengalami kerugian, Rider Gate Sdn Bhd, untuk mencatat keuntungan selepas cukai sekurang-kurangnya US$1 juta susulan pelupusan 40 peratus kepentingan kepada SAGTEC Global Ltd yang disenaraikan di NASDAQ.

Capital A Di Peringkat Akhir Keluar Daripada Status PN17- Tony Fernandes

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pelan penyusunan semula Capital A Bhd untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) kini berada di peringkat akhir dengan 15 hingga 20 peratus masih belum selesai yang dijangka siap selewat-lewatnya akhir Julai 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.

Southern Steel Jual 55 Peratus Pegangan Dalam SSM Pada Harga RM61.05 Juta

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) --  Southern Steel Bhd (SSB) bersetuju untuk menjual 55 peratus kepentingannya dalam anak syarikat milik penuhnya, Southern Steel Mesh Sdn Bhd (SSM) kepada syarikat berpangkalan di Singapura, BRC Asia Ltd, dengan harga tunai RM61.05 juta.

AME Elite Jual Tiga Hartanah Perindustrian Di Johor Kepada AME REIT Pada Harga RM100.8 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- AME Elite Consortium Bhd (AME Elite) merancang untuk menjual tiga hartanah perindustrian di Johor, seluas 3.579 hektar kepada AME Real Estate Investment Trust (AME REIT) pada harga RM100.8 juta dalam transaksi dengan pihak berkaitan.

KNM Group Lupus Kepentingan Bernilai RM1.24 Bilion Dalam DKNM Kepada NGK Jepun

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- KNM Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, KNM Process Systems Sdn Bhd (KNMPS) telah menandatangani perjanjian jual beli serta pemindahan bersyarat dengan NGK Insulators Ltd dari Jepun untuk cadangan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Deutsche KNM GmbH (DKNM) pada harga 270 juta euro (kira-kira RM1.24 bilion).

Tropicana Catat Kerugian Bersih RM454.93 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kerugian bersih Tropicana Corporation Bhd (Tropicana) melonjak kepada RM454.93 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM10.34 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

AirAsia Berhasrat Jadikan KLIA Hab Mega Penerbangan Terkemuka Dunia

SEPANG, 15 Okt (Bernama) -- AirAsia menegaskan komitmennya untuk memacu kesalinghubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global sebagaimana Dubai diiktiraf untuk perjalanan dan perdagangan udara antarabangsa.

Capital A Optimis Akhiri Status PN17 Menjelang Disember 2024 - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Capital A Bhd mempunyai ekuiti yang positif dan optimis dapat keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang akhir Disember tahun ini.

Capital A Adakan EGM Pada 14 Okt, 2024 Untuk Pelupusan Perniagaan Penerbangan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Capital A Bhd akan mengadakan mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 14 Okt, 2024 bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk pelupusan perniagan penerbangannya kepada AirAsia X (AAX).