2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memaparkan peralihan penting dalam hala tuju ekonomi Malaysia, daripada penggunaan berteraskan subsidi kepada transformasi berteraskan pelaburan berikutan kerajaan meneruskan usaha konsolidasi fiskal di samping mengekalkan momentum pertumbuhan, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan belanjawan yang mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion bagi 2026 dengan mengutamakan daya tahan ekonomi dan sokongan kepada perniagaan kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pelancaran inisiatif strategik bernilai RM211 juta oleh Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) akan menyokong pertumbuhan mampan dan inklusif segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran kepada empat bank, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), HSBC Bank Malaysia Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd atas pelbagai pelanggaran peraturan kewangan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) – Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Datuk Muzaffar Hisham sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan baharunya berkuat kuasa serta-merta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Penstrukturan semula Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) adalah selaras dengan agenda nasional untuk melaksanakan pembaharuan dan memperkukuhkan institusi-institusi milik kerajaan, kata Kementerian Kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) dan Aim Concept Sdn Bhd (ACSB) menandatangani kemudahan pembiayaan sebanyak RM75 juta untuk memulakan projek bernilai RM428 juta bagi pembesaran klinik dan wad pakar Hospital Besar Pulau Pinang.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Institusi kewangan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.