BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka 1-2 Terengganu | Liga Super: Negeri Sembilan 1-2 Imigresen | Liga Super: PDRM 1-0 Kelantan The Real Warriors | 

Terdapat 3352 berita berdasarkan kata kunci carian " amerika syarikat"

Keputusan Tarif AS Pacu Sentimen Pasaran, Positif Bagi Pasaran Malaysia -- Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tindakan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kuasa unilateral presiden dalam urusan tarif sepertimana diputuskan pada Jumaat, dijangka memacu pemulihan ekonomi global serta sentimen pasaran, termasuk Malaysia.

Malaysia Teliti Keputusan Mahkamah AS, Langkah Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malaysia sedang menilai implikasi keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) dan tarif baharu yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan, Lepasi Paras 1,770

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan, melepasi paras 1,770 yang didorong penyertaan pelabur yang lebih aktif menjelang musim pelaporan prestasi kewangan syarikat.

Ringgit Dijangka Diniagakan 3.90-3.93 Minggu Depan Menjelang Pengumuman Data Penting AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati pada minggu depan menjelang pengumuman petunjuk utama ekonomi Amerika Syarikat (AS), termasuk Indeks Keyakinan Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar selain sesi ceramah beberapa pegawai Rizab Persekutuan.

Pasaran MSM Dijangka Berdepan Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung minggu depan apabila peniaga antarabangsa kembali selepas cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga.

Dagangan Pasaran Getah Kemungkinan Meningkat Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka menunjukkan aliran meningkat minggu depan, memandangkan hujan lebat berterusan di seluruh wilayah pengeluar utama, sekali gus menjejaskan produktiviti getah, kata pakar industri Denis Low. 

KLCI Dijangka Didagangkan Mendatar Minggu Hadapan Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan secara mendatar pada minggu hadapan memandangkan aktiviti pengambilan untung mungkin muncul dalam kaunter saham-saham mewah terkemuka dalam tempoh terdekat.

AS Akan Kenakan Tarif Global 10 Peratus Di Bawah Seksyen 122 Susulan Keputusan Mahkamah Agung

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata AS akan mengenakan tarif global sebanyak 10 peratus di bawah Seksyen 122 sebagai tambahan kepada tarif biasa yang dikenakan ketika ini.

Rangsangan E&E Berpotensi Tingkat Perdagangan Luar Malaysia Pada 2026 - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Potensi peningkatan daripada menambah belian awal produk elektrik dan elektronik (E&E) menjelang pelaksanaan tarif berperingkat Amerika Syarikat (AS) ke atas pelbagai produk semikonduktor yang lebih luas boleh menyokong perdagangan luar Malaysia pada 2026.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, dipengaruhi oleh aliran bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. 

Pertumbuhan Pendapatan, Pengembangan KDNK Pacu Ekuiti Malaysia Pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd kekal positif terhadap ekuiti Malaysia pada 2026, didorong oleh pertumbuhan pendapatan sebanyak 6.4 peratus dan pengembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.4 peratus.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh sentimen pasaran yang berhati-hati di tengah-tengah rundingan berterusan AS dan Iran membabitkan program nuklear, kata seorang ahli ekonomi.