59minit ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan berterusan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih didahului oleh sektor produk dan perkhidmatan perindustrian, perkhidmatan kewangan serta pengangkutan dan logistik.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Malaysia telah menyaksikan trend "pelancongan durian" yang semakin meningkat dengan pelawat antarabangsa terutamanya dari China, semakin banyak membuat percutian singkat dan lawatan sehari sekitar musim puncak durian dan kawasan pengeluaran terkenal yang menarik minat mereka dari segi masakan dan pengalaman.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) telah memperkenalkan rangka kerja kewangan Islam mampan pertama di Malaysia yang menggabungkan elemen pembiayaan biru (blue finance), dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bertindak sebagai penasihat penstrukturan kemampanan tunggal.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis menjejaki kelemahan semalaman di Wall Street.
5hari ago
SEPANG, 19 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports (MAHB) mencatatkan 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026, menjadikan jumlah terkumpul setakat tahun ini kepada 18.3 juta penumpang untuk dua bulan pertama tahun ini.
5hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Industri penerbangan, yang sebelum ini didominasi lelaki, kini menyaksikan wanita mula menembusi sempadan tradisional, berani membuat pengorbanan demi mengejar impian, dan membuktikan bahawa minat, ketekunan dan keberanian tidak mengenal jantina.
5hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring prestasi positif pasaran serantau serta disokong oleh penyenaraian kukuh Sunway Healthcare Bhd.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan tengah hari ini, selari dengan prestasi positif pasaran serantau.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Tourism Malaysia hari ini mengalu-alukan ketibaan penerbangan sulung Xiamen Airlines secara terus dari Nanjing ke Kuala Lumpur, menandakan peningkatan ketara dalam kesalinghubungan udara antara Malaysia dan China timur.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Airfreight Forwarders Association of Malaysia (AFAM) menggesa supaya pelarasan surcaj bahan kargo udara (FSC) oleh syarikat penerbangan tempatan dikaitkan dengan indeks harga bahan api yang diiktiraf atau penanda aras yang telus, seperti yang diamalkan oleh syarikat penerbangan antarabangsa.
7hari ago
KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- AirBorneo mengekalkan tambang penerbangan tidak berubah walaupun kos bahan api global melonjak memandangkan syarikat penerbangan itu lebih mengutamakan sambungan berharga rendah untuk komuniti di Sarawak dan Sabah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin.
7hari ago
KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- AirBorneo merancang melancarkan operasi jet serantau dari Kuching pada Julai ini menggunakan tiga pesawat Boeing 737-800 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas rangkaian penerbangan syarikat itu di luar jaringan sedia ada.