10hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menukar jawatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Benyamin Ismail kepada pengurus besar berkuat kuasa hari ini sebagai sebahagian daripada penstrukturan perniagaan penerbangan AirAsia Group di bawah AAX.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) - - AirAsia X Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Bhd (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A Bhd, menandakan berakhirnya proses penstrukturan semula kumpulan penerbangan itu.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menjelaskan bahawa tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat untuk menamakan semula syarikat itu kepada AirAsia pada 19 Januari, 2026.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) memperoleh sepenuhnya tawaran saham persendirian bernilai RM1 bilion pada harga RM 1.65 sesaham.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Capital A Bhd menjelaskan bahawa keputusan Bursa Malaysia Securities Bhd untuk tidak meluluskan permohonannya bagi lanjutan masa untuk menyelesaikan pengagihan saham tidak mempunyai kesan material terhadap pelaksanaan korporat kumpulan yang sedang berjalan.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Capital A Bhd tidak menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi lanjutan tempoh untuk melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan, namun ia tetap dilaksanakan serentak dengan tawaran saham persendirian AirAsia X Bhd (AAX).
2bulan ago
Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid
ISTANBUL (TÜRKIYE), 17 Nov (Bernama) -- AirAsia X (AAX) sedang merancang untuk meneroka beberapa destinasi tambahan di Eropah yang disasarkan untuk dilancarkan tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Benyamin Ismail.
2bulan ago
Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid
ISTANBUL (TURKIYE), 17 Nov (Bernama) -- Penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Istanbul, Turkiye, mencatat permintaan kukuh bagi kedua-dua hala, dengan penerbangan dari Kuala Lumpur beroperasi pada 81 peratus kapasiti dan penerbangan balik hampir 89 peratus penuh.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih AirAsia X Bhd (AAX) melonjak kepada RM35.22 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding RM4.82 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Capital A Bhd dan AirAsia X Bhd (AAX) bersetuju melanjutkan tarikh akhir perjanjian jual dan beli saham (SSPA) melibatkan AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) daripada 31 Julai 2025 kepada 31 Ogos 2025 atau mana-mana tarikh lain yang dipersetujui bersama.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM50.21 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 daripada RM80.11 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih AirAsia X (AAX) Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2024 melonjak kepada RM121.63 juta, meningkat daripada RM5.56 juta pada suku yang sama tahun lepas.