2jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan hari ini meneruskan kenaikannya bagi sesi dagangan kelima berturut-turut susulan penyertaan kukuh dalam pasaran dan sentimen domestik yang semakin baik.
2jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah 4.04, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun selepas data terkini menunjukkan keyakinan pengguna di negara maju itu kekal lemah.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).
1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit mencecah paras 4.0615 hari ini berbanding dolar AS, paras tertingginya sejak awal Mac 2021, apabila jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan terhadap dolar AS.
1hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan momentum kenaikannya untuk sesi keempat berturut-turut dipacu oleh sokongan berterusan daripada pelabur institusi domestik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, meskipun kenaikan di pasaran tunai pendasar.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) - Infrastruktur digital Malaysia yang kukuh serta kestabilan politik dan dasar kerajaan telah memacu pelaburan teknologi dan digital ke dalam negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – China mungkin mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-17 berturut-turut, dengan pelaburan kumulatif di negara ini melepasi US$20.8 bilion (US$1=RM4.07), kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
2hari ago
KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian mereka untuk minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM508.6 juta manakala peruncit tempatan mencatatkan aliran keluar bersih untuk minggu ketiga berturut-turut sebanyak RM145.3 juta.