1hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- United Parcel Service (UPS), iaitu sebuah syarikat logistik global telah membuka pusat pembungkusan baharu seluas 20,000 kaki persegi di Taman Sains Pulau Pinang Utara, Pulau Pinang.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Persekutuan Industri Jentera dan Kejuruteraan (MEIF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan ekosistem jentera dan kejuruteraan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Dunham-Bush Industries Sdn Bhd, antara pengeluar sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) paling lama ditubuhkan di Malaysia menganjurkan seminar berkaitan pusat data (DC) hari ini dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- X-Fab, peneraju global dalam pembuatan semikonduktor analog/isyarat campuran dan khusus hari ini melancarkan pengembangan kemudahan pembuatan semikonduktornya di Sarawak bernilai RM3 bilion.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkukuhkan peranan pentingnya dalam memacu usaha Malaysia untuk menjadi hab ASEAN bagi inovasi, kemampanan dan industri maju dengan menghubungkan perniagaan dan pelabur melalui "Investment Pitching Day" 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Scanfil, syarikat pembuatan elektronik tersenarai terbesar di Eropah, telah melabur RM15.8 juta untuk mengembangkan serta memodenkan fasiliti SRX Global (Malaysia) Sdn Bhd di Johor Bahru, Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025, peningkatan 18.7 peratus tahun ke tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
1bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Ogos (Bernama) -- UMediC Group Bhd (UMC) telah menggandakan kapasiti pengeluarannya susulan pengembangan operasinya di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Kemudahan pejabat dan makmal kejuruteraan terbaharu Advanced Micro Devices Inc (AMD) yang tersenarai di Nasdaq (Bursa Saham Amerika Syarikat) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, menggariskan komitmen syarikat itu untuk mengembangkan perkhidmatan perniagaan global dan operasi kejuruteraan di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kilang pintar Agilent Technologies Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang diiktiraf sebagai peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan McKinsey & Company.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Vivax-Metrotech Corporation (VXMT), peneraju global dalam teknologi pengesanan dan pemeriksaan utiliti termaju mengumumkan pelaburan RM48 juta untuk penubuhan kemudahan pembuatan baharu di Pulau Pinang yang mewujudkan 175 pekerjaan berkemahiran tinggi.
2bulan ago
SEREMBAN, 8 Ogos (Bernama) -- Pengeluar bateri China terkemuka, Hunan Yuneng New Energy Battery Material Co Ltd (Hunan Yuneng) secara rasmi telah mengumumkan penubuhan fasiliti pembuatan Asia Tenggaranya yang pertama di Malaysia.