Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian " ron97"

Larangan Kenderaan Asing Beli RON95 Kekal Walaupun Diapungkan - Amir Hamzah

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan larangan bagi kenderaan nombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON95 masih kekal walaupun bahan api itu akan diapungkan untuk golongan bukan layak bagi subsidi itu.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.3 Peratus Pada Ogos 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2025 dengan mata indeks mencatat 134.9 berbanding 133.2 bagi tempoh sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Subsidi RON95 Sokong Automotif Dalam Jangka Pendek, Kekalkan Kemampuan Bahan Api – CIMB

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan mekanisme subsidi RON95 yang baharu akan menyediakan sokongan jangka pendek untuk industri automotif.

Ekonomi Kekal Kukuh Tatkala OPR Tidak Berubah Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) --  Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai 2025

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ekonomi Malaysia Berkembang 4.4 Peratus Suku Kedua 2025, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 bersamaan pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.

Pelan Subsidi RON95 Beri Manfaat Majoriti, Kurangkan Tekanan Inflasi - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pelan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 dilihat sebagai langkah positif untuk mengurangkan kos sara hidup dan menyokong penggunaan swasta dalam ketidaktentuan ekonomi global, menurut bank pelaburan.

Harga Petrol, Diesel Kekal Sehingga 30 Julai Ini

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) --  Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta diesel kekal masing-masing pada RM2.05, RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Julai ini.

Inflasi Malaysia 1.2 Peratus Pada Mei 2025, Terendah Dalam Tempoh 51 Bulan - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Harga Runcit RON95 Kekal, RON97 Naik Tujuh Sen

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun.

Harga RON97, RON95, Diesel Kekal Bagi Tempoh 12 Hingga 18 Jun

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.07 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Jun ini.

Harga Runcit RON97 Dan Diesel Di Semenanjung Turun 3 Sen

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia akan diturunkan sebanyak tiga sen kepada RM3.07 seliter bermula 5 Jun hingga 11 Jun 2025, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan (MOF).