6jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kerajaan komited memastikan penyasaran subsidi tidak membebankan rakyat sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bantuan yang bersasar kepada rakyat dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih terangkum.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kerajaan percaya usaha memperkukuh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dapat memastikan kerjasama merentas etnik yang terlibat dalam sesuatu ekosistem atau rantaian nilai dimanfaatkan secara maksimum.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Jumlah kedai Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 10,447 di seluruh negara setakat 26 Jan 2026 berbanding hanya 700 kedai pada 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kekayaan sumber asli, biodiversiti, serta kedudukan strategik negeri Sabah akan dimanfaatkan bersama infrastruktur moden, teknologi hijau dan ekonomi baharu terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
21jam ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia terus dipacu dan disokong oleh asas-asas kukuh, ekonomi yang pelbagai serta permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh data ekonomi AS yang hambar seterusnya memberi tekanan selanjutnya terhadap mata wang itu.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mencecah satu lagi paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 3.95 hari ini dengan ahli ekonomi menjangkakan paras sokongan baharu seterusnya pada RM3.8722.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Jumlah pinjaman skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) mencecah RM4.9 billion setakat 31 Dis 2025, dan dijangka kekal 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
1hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Projek stesen janakuasa Rancha yang bakal dibina di sini dijangka dapat mengukuhkan lagi jaminan bekalan kuasa Labuan, menyelesaikan isu gangguan elektrik yang berlarutan dan meningkatkan daya tarikan pulau itu sebagai destinasi pelaburan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, mencatatkan paras tertinggi baharu sejak 15 Mei 2018 dan aliran meningkat itu dijangka berterusan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama agensi di bawahnya, antaranya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Angka ekonomi yang positif berjaya memperkukuh kedudukan dan nilai ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.