Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " pmo"

Ruang Penjanaan Hasil Masih Sempit, Peluasan Cukai Diperlukan Untuk Kelanjutan Fiskal - PMO

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ruang penjanaan hasil masih sempit dan peluasan cukai diperlukan demi memastikan kelanjutan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China Cerminkan Kejayaan Bentuk Semula Corak Kerjasama Di Sebalik Dunia Multipolar

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan  penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang akan berlangsung buat kali pertama hari ini, mencerminkan kejayaan dalam membentuk semula corak kerjasama sejajar dengan realiti dunia multipolar hari ini. 

Malaysia Pada Kedudukan Strategik Pacu Perdagangan Rentas Wilayah - Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk memacu perdagangan rentas wilayah, memperkukuh rantaian bekalan serantau dan memajukan pembangunan infrastruktur yang mampan, mengambil kira skala ekonomi gabungan ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China yang sangat besar.

Petronas Kekal Teruskan Fungsi, Aktiviti Selaras Akta Kemajuan Petroleum 1974

PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan meneruskan fungsi, aktiviti, tanggungjawab dan kewajipan sepertimana yang diamanahkan kepadanya mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Putrajaya, Sarawak Sepakat Selesai Isu Petronas–Petros Secara Rundingan - PMO

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Putrajaya dan Sarawak telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) secara rundingan.

PM Anwar Mahu NCIA Ambil Peluang Perkasa Industri Semikonduktor Di Wilayah Utara

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) perlu mengambil peluang untuk memperkasa pembangunan industri semikonduktor dalam Pembungkusan Lanjutan (AP), susulan kerjasama yang terjalin di antara kerajaan dan Arm Holdings Plc.

Malaysia Akan Labur US$250 Juta Dalam Dekad Akan Datang Melalui Kerjasama Strategik Dengan Arm Holdings

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Malaysia akan melabur US$250 juta (US$1= RM4.44) dalam dekad akan datang, memanfaatkan kepakaran Arm Holdings Plc untuk mewujudkan ekosistem baharu dalam industri kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor melalui kerjasama strategik antara kedua-duanya.

Tiada Jangka Masa Bagi Muktamadkan Rundingan FTA Malaysia-EU - PM Anwar

Daripada D.Arul Rajoo

BRUGES, (Belgium), 20 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) tidak menetapkan sebarang jangka masa untuk memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA).

Malaysia, EU Sambung Semula Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas

Daripada D.Arul Rajoo

BRUSSELS, 20 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.