BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka 1-2 Terengganu | Liga Super: Negeri Sembilan 1-2 Imigresen | Liga Super: PDRM 1-0 Kelantan The Real Warriors | 

Terdapat 1635 berita berdasarkan kata kunci carian " emas"

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan, Lepasi Paras 1,770

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan, melepasi paras 1,770 yang didorong penyertaan pelabur yang lebih aktif menjelang musim pelaporan prestasi kewangan syarikat.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Positif Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Keuntungan Di Comex AS

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari Jumaat selepas ia menjejaki keuntungan dalam niaga hadapan emas Comex AS.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Belian Saham Harga Rendah Pada Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Aktiviti pembelian saham semasa harga rendah pada saat-saat akhir dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam kaunter kewangan mendorong Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi pada Jumaat.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Isyarat Fed AS

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah serta ketegangan berterusan di Timur Tengah yang menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak banyak berubah pada sesi dagangan awal pada Jumaat, mencatatkan penurunan daripada kenaikan ketika pembukaan dan mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menyusut pada Khamis, menjejaki niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (Comex) yang lebih lemah. 

Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan, Ditutup Pada Paras Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi pada Khamis berikutan sentimen pasaran positif yang dipacu oleh data makroekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Minat belian yang berterusan terhadap kaunter kewangan dalam saham wajaran tinggi terus meningkatkan Bursa Malaysia pada tengah hari serta didorong oleh prestasi ringgit yang stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mencerminkan kenaikan dalam pasaran serantau disebabkan sentimen bertambah baik susulan pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah selepas indeks harga pengguna AS mengukuh kurang daripada jangkaan pada Januari 2026. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Menjelang Cuti Tahun Baharu Cina

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup tinggi sedikit pada Isnin berikutan pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengambil peluang berbanding mengelakkan risiko secara menyeluruh menjelang cuti Tahun Baharu Cina.