2jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus bagi tempoh sepanjang 2026, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, demikian menurut BMI yang juga unit Fitch Solutions.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pelaburan diperlukan oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk melaksanakan strategi rendah karbon adalah purata 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkat kepada lebih 5.0 peratus bagi negara berpendapatan rendah, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid hari ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan sebanyak RM2.5 bilion di bawah Dana BNM bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan tumpuan penyalurannya kepada peminjam kali pertama.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kadar faedah jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$124.12 bilion (US$1= RM4.04) pada 30 November, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$124.3 bilion setakat 15 Dis, 2025.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – Tahun 2025 menyaksikan ringgit menambat kedudukan sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia berbanding mata wang serantau lain dengan pengukuhan unit tempatan itu dipacu oleh asas ekonomi serta angka eksport yang memberangsangkan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3), yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerbitkan Panduan Pembiayaan Mampan dan Peralihan (STFG).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Langkah Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) untuk menaik taraf status Malaysia kepada status “Regular Follow-Up” iaitu kategori tertinggi di bawah proses penilaian bersama, mencerminkan komitmen dan usaha menyeluruh negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Penganalisis menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar penanda aras pada 2.75 peratus pada 2026 walaupun bank pusat Amerika Syarikat membuat pengurangan kadar terbaharu.