BERITA TERKINI   Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas Iran dan serangan balas terhadap beberapa negara di Timur Tengah - Kementerian Luar | Kes tembak Komander AKPS: KDN siasat pelbagai sudut termasuk kebarangkalian wujud elemen jenayah terancang, motif dendam - Saifuddin Nasution | Scoot batal penerbangan Singapura-Jeddah-Singapura yang dijadualkan pada 28 Feb - SIA | Pusat khidmat yang bergabung dengan Armada ke-5 AS di Bahrain diserang peluru berpandu - Agensi Berita Bahrain | Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis ke atas Iran, gesa rundingan diadakan - Menteri Luar Mohamad Hasan | 

BNM Umum Dana Tambahan RM2.5 Bilion Bagi PKS

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan sebanyak RM2.5 bilion di bawah Dana BNM bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan tumpuan penyalurannya kepada peminjam kali pertama. 

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu mengalu-alukan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan amanat Tahun Baharu 2026 mengenai dana tambahan tersebut dan pengenalan skim jaminan pembiayaan. 

“Setakat ini, BNM berjaya menyediakan pembiayaan konsesi sebanyak RM32.4 bilion untuk menyokong akses pembiayaan PKS menerusi institusi kewangan peserta, terutamanya perusahaan mikro dan kecil yang berdepan dengan kekangan pembiayaan.

“Oleh itu, penambahan itu meningkatkan peruntukan di bawah Dana BNM kepada RM34.9 bilion,” katanya. 

Sehubungan itu, BNM berkata ia beralih kepada sokongan berasaskan jaminan, dengan menyasarkan sebanyak RM10 bilion dalam pembiayaan yang dijamin. 

Menurut bank pusat itu, peralihan kepada skim jaminan kredit akan memanfaatkan segmen PKS yang lebih luas, termasuk peminjam kali pertama dan aktiviti keusahawanan baharu. 

“Skim ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) dan institusi kewangan,” katanya. 

-- BERNAMA