1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang giat memetakan laluan inovatif dan strategik, menghubungkan pelabur serta peserta industri dengan bakat tempatan untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menilai perkembangan BRICS dari semasa ke semasa bagi memastikan penglibatan Malaysia memberi faedah yang signifikan kepada negara, sejajar dengan matlamat dasar ekonomi termasuk Aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini memandangkan asas cukai menunjukkan pertumbuhan yang terhad sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan pada 2018.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu Belanjawan 2025, didorong oleh keyakinan bahawa kerajaan dijangka mengekalkan disiplin fiskal dan memastikan defisit fiskal di bawah empat peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- RHB Banking Group menjangkakan Belanjawan 2025 akan membentangkan inisiatif strategik seimbang yang menangani keperluan segera ekonomi dan juga meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan masa depan.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal tidak berubah berbanding dolar US minggu depan dalam persekitaran kembimbangan terhadap ekonomi China dan risiko geopolitik dan menjelang Belanjawan 2025.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, apabila data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan pasaran menyebabkan dolar AS mengalami penurunan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd telah melantik Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai pengerusi baharunya.
1tahun ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail dan Rosmalis Anuar
VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia yang memegang tampuk kepengerusian ASEAN tahun depan akan meningkatkan usaha menarik pelaburan dan perdagangan rakan dialog blok itu ke rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Persatuan Gas Malaysia (MGA) menggesa kerajaan mengutamakan industri gas menerusi Belanjawan 2025 bagi memastikan berlakunya peralihan mampan Malaysia kepada ekonomi rendah karbon.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Loob Holding Sdn Bhd, pemilik jenama teh Tealive, menandatangani perjanjian francais induk dengan konglomerat terkemuka dari Dubai, Eureka Restaurant and Café untuk membawa jenama itu ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).